1. Sesiapa berpuasa sehari dalam bulan Sya’aban maka Allah haramkan tubuhnya dari api neraka dan dia akan menjadi teman kpd nabi Allah Yusof didalam syurga.
2. Riwayat dari Osman Bin Abi Al-As, Sabda Nabi Muhammad (saw) : pada
malam nisfu sya’aban setelah berlalu 1/3 malamnya, Allah turun ke langit dunia lalu berfirman :
adakah orang-orang yang meminta maka Aku perkenankan permintannya, adakah orang yang
meminta ampun maka aku ampunkannya, adakah orang yang bertaubat maka aku terima
taubatnya dan diampunkan semua orang mukmin lelaki & perempuan , melainkan orang yang
berzina atau orang yang berdendam marah hatinya kepada saudaranya.
Sebaik-baiknya minta ampun dengan ibubapa sebelum hari nisfu sya’aban
kerana amalan kita akan terhalang dari diangkat ke langit sekiranya kita derhaka/berdosa
dengan ibubapa kita.
Malam nisfu Syaaban juga dianggap hari raya Malaikat, begitu juga malam Lailatul Qadar
mereka tidak tidur, dipenuhi dengan amal ibadat sepanjang malamnya. Dan bagi anak-anak
Adam berhari raya pada siangnya dengan berpuasa dan ibadat, kerana mereka tidur pada
malamnya.
Allah akan mengampunkan dosa pada malam nisfu Syaaban kecuali kepada enam orang (golongan): Orang yang kekal minum arak
Orang yang derhaka kepada kedua ibu bapa
Orang yang kekal dalam zina
Orang yang banyak berkelahi
Orang yang melakukan perjualan dengan sumpah yang dusta
Orang yang memperlagakan orang lain supaya berkelahi
Wallahua’alam..,
JADI MARILAH KITA BERSAMA2 MEMERIAHKAN LAGI BULAN SYA’ABAN INI DENGAN
AMAL IBADAT YANG LEBIH DAN JANGAN LUPA KAWAN2 SEMUA AMBILLAH
KESEMPATAN UNTUK BERPUASA PADA 15 SYAABAN..,
INI KERANA KITA TIDAK TAHU SAMADA BERKESEMPATAN LAGI UNTUK
TAHUN HADAPAN…INSYALLAH
No comments:
Post a Comment