Saturday, December 31, 2011

~SELAMAT TINGGAL DUKA..SELAMAT DATANG BAHAGIA~


assalamualaikum dan apa khabar semua? masih dalam mood exam..huhu..hari ini adalah hari terakhir untuk tahun 2011...bagaimana dengan azam tahun  2011? adakah semuanya tercapai? ikhlas aku katakan..aku tak pernah ada azam...sbb bagi aku..tak semestinya masuk tahun baru..kena buat azam baru kan? hehehe..tapi x salah kalau kita ada azam..sekurang-kurangnya azam tu buat kita lebih bersemangat...tapi tahun ni..aku rasa nak berazam sesuatu la..hehe..apa ye? oppss..biarlah rahsia...

pergilah 2011 bersama dukaku

tahun 2011 adalah tahun yang paling perit dalam hidup aku..kenapa aku katakan begitu? hehee..yang pasti...aku je tahu apa yang aku rasa..dan aku tak sabar untuk menghabiskan sisa-sisa tahun ni..biarlah semua duka yang aku tanggung pergi..pergi sejauh-jauhnya dari hidup aku...sungguh! aku tak tipu..dugaan ini banyak membuat hidupku berubah...munkin orang-orang yang rapat denganku tahu apa yang aku rasa...mereka lihat aku ketawa..tersenyum seakan bahagia...hakikatnya? yaallah..hatiku xsekuat itu..rapuh-serapuhnya...aku semakin lemah dengan rasa ini..semakin aku fikir..semakin ia menghimpit aku...seolah-olah seperti bernafas dalam tempat yang begitu sempit...

oh DERITA...pergilah dari hidupku ini..aku tidak mahu kau datang lagi dalam hidupku...biarkan aku gapai BAHAGIAku..jangan sesekali kau toleh lagi kepadaku..aku rayu..pergilah..kehadiran kau cuma menyiksa hatiku..perit..sakit..hanya Allah sahaja yang tau..cukupla sekali saja aku rasa seperti ini..bukan hendak melawan takdir...tapi..aku tidak kuat untuk semua ini..


buat kamu yang memberi rasa itu kepadaku...jangan kau cariku lagi..aku akan pergi dari hidup kau...aku tidak cukup sempurna dimatamu..kejarlah bahagiamu..aku tidak mampu memberi kebahagiaan itu lagi...cukuplah 5 tahun kita bersama buat aku leka dengan keindahan cinta dunia...biarlah aku cari cintaNya yang telah aku tinggalkan...yang pasti...cintaNya tidak pernah menipu aku..malah aku rasa lebih bahagia...Dia tidak pernah meninggalkan aku..hanya aku yang lalai meninggalkanNya semata-mata kerana kamu...


dan buat "KAU" yang merampas bahagia kami...oppss..maaf...yang muncul dalam hubungan AKU dan DIA..terima kasih aku ucapkan..aku begitu menghargai kehadiran KAU dalam hidup kami..kerana KAU..aku sedar dengan kesilapanku..dan kerana KAU..aku diuji dengan rasa ini olehNya..AKU tidak pernah salahkan KAU..malah aku ingin ucapkan terima kasih..terima kasih kerana menerimaku menjadi kawanmu...aku harap KAU ikhlas dengan hubungan itu..dan buat KAMU..pergilah dari hidupku..binalah BAHAGIAMU diatas penderitaanku...aku doakan yang terbaik buat KAMU..semoga kamu menjadi pasangan paling bahagia...jangan sesekali kamu jejak AKU..anggapla dugaan ini membuat kita bertiga lebih matang...AKU sedar dengan salahku... dan KAU tidak akan mengulangi apa yang kau buat terhadap AKU kepada DIA..terima kasih buat kamu berdua..aku doakan yang terbaik buat kamu walaupun hakikatnya...aku rasa SAKIT!! sakit yang tiada ubatnya..maaf...aku akan cuba melupakan semuanya..KAU doakan aku kuat...doakan juga aku mendapat hak aku untuk bahagia...



Cinta ku mati disini bersama kenanganmu
Walau ku tahu cinta itu tak pernah bersalah
Sejauh mana aku pergi
Sejauh mana aku nak melangkah
Aku terkaku disini
Bersama cerita cinta semalam

Bergema lagu cinta
Namun cinta itu telah mati
Untuk selamanya………..
Salahkah aku untuk  berfikir begitu ?
Tidak kah aku pernah rasa bersyukur
Kerana aku bisa jatuh cinta
walauku tahu cinta itu melalaikan
Namun apa kan daya aku cuma manusia biasa
aku tidak mampu menolak cinta

Kejam kah cinta ku ini
Kejam kah diri ini
Kerana sanggup membunuh cinta di hati ini……
Sesungguhnya aku telah pasrah pada ketentuan-Nya
Namun mengapa aku masih disini menunggu 
dan terus menunggu
Sedangkan ku tahu cinta itu telah mati 
untuk selamanya……….

Bicara dan terus membicarakan tentang cinta
Membuat aku benci pada dirinya
Sedangkan aku tahu dia adalah cinta semalam ku
Namun aku masih disini mengharap
Sedangkan aku telah tahu jawapan yang 
aku cari selama ini
Telah berada di hati ku cuma aku 
tak nak menghadap kenyataan
Yang aku telah membunuh cinta itu untuk selamanya……

Ku pejam mata ku seketika
Dan ku ingat pada indahnya cinta
Dan ku ingat pada syahdunya cinta
Lalu aku terfikir dan bertanya
Mengapa aku harus membunuh cinta itu?
Ku dengar desiran ombak berlagu indah
Seolah mengejek aku
Seolah mengajar aku
Tentang cinta yang sejati
Tentang kasih yang sejati
Tentang cinta tidak pernah bersalah

Lalu mengapa aku masih degil dalam 
menerima ketentuan-Nya
Aku tak pernah letak hati aku pada cinta itu di hati
Kerna itu aku tak pernah memegang cinta yang sejati
Kerna itu aku tak pernah merasa cinta yang hakiki
Kerna aku meletakkan cinta itu pada landasan yang salah
Seharusnya cinta itu pada hati
Bukan pada janji semata-mata…………..
Ya Allah Ya Rabbi mengapa hamba mu ini
Boleh berfikir seperti ini
Ya Allah Ya Rabbi
Berilah aku pilihan
Untuk memilih jalan seterusnya……

“JALAN CINTA YANG ABADI DAN HAKIKI”




SEMOGA TAHUN 2012 MEMBAWA SINAR BAHAGIA DALAM HIDUPKU..PERGILAH DUKA..SAPULAH AIR MATA.. DATANGLAH BAHAGIA..

PS:‎:') ALLAH sayang kita sangat-sangat sebab itu Dia duga (':


mazira boleh!


   (maaf...coretan ini tidak ada kaitan dengan yang hidup ataupun yang telah meninggal dunia)    
                                    

Monday, December 26, 2011

~MAHER ZAIN LIVE IN IPOH !!~


assalamualaikum semua..alhamdulillah..masih diberi kesempatan untuk terus bernafas dibumiNya...2011 bakal meninggalkan kita..masih berbaki beberapa hari lagi..final dah semakin menghampiri..so..hari-hari terakhir ini  dimanfaatkan dengan menelaah buku pelajaran..dan penghujung tahun 2011 memberi seribu mkna dalam hidup aku..pahit manis dalam menempuh sebuah kehidupan..dan pengalaman manis yang paling aku xley aku lupekan ialah dpt jumpe n tgok konsert Maher Zain live! huhuhu teruja sangat sbb ni first time dlm hidup aku p konsert..(nampak sngt jakun) hahaha..

'tiket'
MAHER ZAIN

pertama sekali aku nk ucapkan terima kasih banyak-banyak kat sahabat aku K.ima dan  Aida sebab sudi ajak aku pergi konsert ni..mcm tau-tau jer aku kebosanan dalam bilik..sekurang-kurangnya boleh hilangkan boring...alkisahnya program ni bawah Kolej Ungku Omar (KUO)..dengar kata..UPSI hantar 10 buah bus untuk program ni..hehehe..so aku ni dikira "murtad kolej" la..terpaksa menyamar jadik budak KUO semata-mata nk tengok Maher Zain..hikhik..

hijau itu menawan..
Sebenarnya konsert ni dianjurkan oleh Kerajaan Negeri Perak sempena tahun Melawat Perak 2012..untukmu rakyat..cmtulah bunyi temanya..hahaha..ok..sebelum tengok konsert...semua mahasiswa yang hadir terlebih dahulu menghadiri pertemuan antara menteri besar Perak iaitu Dr.Zambry..semua mahasiswa dari pelbagai IPT hadir bg memeriahkan program tersebut...program ni lbey kepada memberi kata-kata semangat kepada mahasiswa..cmtula gamaknya..(aku x dengar pom) hahahaha...sbb niat sebenar hanya nk jumpe dan tngok Maher Zain je..:)

mahasiswa-mahasiswi  mendengar amanat Dr.Zambry

sila bace tulisan diatas...hikhik :)
dan yang paling best...kami diberi kupon makan percuma sebanyak RM50  opss...RM5..so..kire ok la kan..dahla tiket percuma..pengangkutan percuma..makan pun percuma! so...pada yg tak pergi..sila jeles okay! banyak gak gerai-gerai kat sana..so..sambil-sambil tunggu abg Maher...sempat gak la kami merendek kat gerai-gerai smbil cuci-cuci mata..hehehe..okay...jom tgok pic!

gerai untuk wanita je aku tengok...hahaha

kanak-kanak ceria nk tgok konsert! hahaha

kecil-kecil cili padi..ngee..;)

yaayy! tiket FREE :)

ko adow? 

seawal jam 8 malam...penonton sudah memenuhi stadium Perak..nasib baik kami sampai awal..xdela duduk kat belakang sangat..walaupun x nampak sngt abg Maher..tapi still lagi ley tengok kat skrin yang besar gedabak! bace paper arini..lebih kurang 70000 hadirin yang datang memeriahkan konsert ni..huhu...ramai sangat..orang pom dah nampak macam semut dari jauh! pengacara pada malam tu ialah Dato' AC yg sempoi..majlis gimik sebab celoteh dia je..x kering gusi!

muke exsaited tunggu abg Maher..

sebelum MZ muncul..konsert diserikan dengan artis undangan iaitu paparock Malaysia dan Irfan Makki..hohoho..sebenarnya aku pom x kenal  Irfan Makki ni...rupanya..dia ni artis antarabangsa macam abg Maher gak! huhu..persembahan dia semalam pom x kurang hebatnya...aku je jakun sbb x kenal dia..ni lagu Irfan Makki tu duet ngan MZ..I BELIEVE..siyes..pas dengar lagu ni..terus jatuh cinta kat lagu-lagu Irfan Makki ni :)

ok..pastu barulah muncul org yang ditunggu-tunggu!! MZ...subhannallah merdunya suara dia..dahla hensem! sbb tula seluruh dunia minat dia...teruja sangat dengar dia nyanyi..12 lagu kalo x silap..tanpa henti! kesian kat abg Maher sy...letih! huhuhu...jangan terkejut sebab MZ boleh cakap bahasa Melayu..siap suruh audien nyanyi sama-sama lagi..bestnya kalo ley ambik pic ngan dia..tapi apakan daya..sapala aku nk amik pic ngan dia..ley tgok dari jauh pun dah kire okay! hahaha..pic pom ambik dari skrin besar je :'(




hensemnya MZ berbaju Melayu!
  lagu yang disampaikan pada malam tu semuanya best!! sebelum ni xdela minat sangat kat Maher Zain ni...tapi bila dah tengok live ni..minat semakin bertambah! huhu..dan yang paling best...dapat baju free!! hehehe..sanggup berebut ngan beribu-ribu manusia yang lain semata-mata nak dapat t-shirt free ni...cayalah MZ..snggup korban nyawa semata-mata kamu..hehehe..

depan baju

belakang baju..

untungla dapat baju free ye awk!


apapun..sangat enjoy dengar lagu-lagu Maher Zain..semua lirik dalam lagu  dia lebih kepada  mengingatiNya...sesuai dengan semua peringkat umur!  dan ni lagu yang paling aku minat...heheheh :)





 MAHER ZAIN