Sunday, January 29, 2012

~SELAMAT BERCINTA SAMPAI SYURGA~


alhamdulillah..hari rabu lepas...salah seorang sahabat aku sudah menamatkan zaman singlenya..tahniah buat norhafiza mahasan dan ahmad rafaei..entry yg dahulu pernah aku ceritakan  kat sini >klik<..aku tumpang bahagia buat korang berdua..bila tengok orang kahwin ni..kadang2x..ada gak keinginan nk kahwin..kahwin kan fitrah manusia..mesti korang nk kwin gak kan? hahaha..tapi..aku rasa..aku tak mampu lagi nak pikul tanggungjawab sebagai seorang isteri..n one more thing...xde calon lagi..huhuhu..insyaAllah...janji Allah tu pasti..xperlu terburu-buru dalam mencari jodoh..Allah dah tetapkan semua jodoh hambaNya kan? so..sabar...adalah tu jodohnya...cuma masanya belum tiba..
waitingmyprincecharming! 


okay..berbalik cerita kawin td..kami ex tms dah plan awal2...kumpul kat jerteh ramai2x n konvoi p umah pengantin...tapi malang tidak berbau..terexciden sesama sendiri lak tengah jalan..alhamdulillah..tidak ada sebarang kecederaan..p kereta member kami..agak teruk la...kepada FENDI n NIK..sabar ye..ada hikmah la tu..lain kali hati2x!


kemek teruk..

keta baru tooo...sbar jahla..

disebabkan kejadian ni..xsempat kami nak tengok majlis akad nikah pengantin..sabar jelah..xde rezeki..nak buat camne..okay..jom tgok pic yang sempat aku snap dihari kejadian..

cantik kan kwn aku?

big present just 4 u~

amik berkat...who next??


pic paling xmenahan...jadik pengapit..haha...bkn payungkan pengantin..p payungkan diri sndrik :p
kredit to moza art
rombongan cik kiah :)
ex-tms..ni sebhagia je..ramai dah balik..xsempat nk snap pic..

okay...malas nk upload pic banyak2x...boley tengok dalam fb..aku dah upload ~album kawin noha n rafaei~
buat sahabatku noha..ni sedikit pesanan buatmu...hehehe..


Pesanan & Ganjaran Buat Isteri

Apabila suami pulang kerumah dalam keadaan letih dan isteri melayan dengan baik maka dia perolehi pahala jihad.

 Wanita yang menyebabkan suami masuk ke jalan Allah dan menjaga rumahtangga akan masuk syurga 500 tahun lebih dulu dari suami. Dia akan menjadi ketua 70,000 malaikat dan bidadari. Dan wanita itu akan dimandikan di dalam syurga dan menunggang kuda yang dibuat dari permata yaqut.

 Wanita yang menjaga solat, puasa dan taat pada suami, Allah akan mengizinkan baginya masuk ke mana-mana pintu syurga yang dikehendakinya


.Kalau isteri melayan suami tanpa khianat, dia dapat pahala 12 tahun solat.

 
Wanita yang mengurut badan suami tanpa disuruh dapat pahala 7 tola emas dan wanita yang memicit suami bila disuruh dapat pahala 7 tola perak.

Wanita yang meninggal dengan keredhaan suaminya akan masuk syurga.


Jika isteri mengajar suaminya satu masalah agama, akan dapat 80 tahun ibadat

Isteri yang melihat suami dengan penuh kasih sayang, Allah akan memandang dengan penuh rahmat.


Jika suami datang dengan kemarahan, tapi isteri melayan dengan baik, maka mendapat pahala separuh jihad.

sama cantik sama padan rite? hehehe

last but not least..renungkan hadis ni (*___________*)


“Wahai anak muda, berkahwinlah. Sesiapa yang mampu, berkahwinlah kerana ia lebih memelihara mata dan menjaga faraj. Sesiapa yang tidak mampu untuk berkahwin hendaklah dia berpuasa kerana puasa adalah penahan (daripada gelojak nafsu)” (Hadith Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Imam Al-Bukhari).

ko adow? hahaha


Saturday, January 28, 2012

~jika ia sebuah CINTA~


alhamdulillah...arini genap dua minggu aku bercuti kat kampung halaman..sedikit ketenangan menjengah tangkai hati..alhamdulillah...hati aku dah semakin kuat...namun tidak sepenuhnya sembuh dari luka dulu..yang pasti...luka yang sembuh..tetap akan meninggalkan kesan parut..dan setiap kali kita tengok parut tu..mesti kenangan tu dtg menjengah kan? bak kata uztaz azhar idrus..selipar jepun kita hilang pun...kita masih rindukanya kan?..dan aku tidak nafikan..berkawan...lebih baik dari bercinta..dan xsalah kan kita masih berkawan dengan bekas kekasih kita? bagi aku..xperlu ada dendam..makin kita dendam..makin susah untuk kita lupekan dia rite? tunjukkan pada dia...yang kita juga mampu bina bahagia tanpanya..jangan anggap hubungan yang lepas adalah satu kesilapan..sebaliknya..perbaiki diri agar hubungan yang akan datang lebih baik..agar tidak tersalah memberi hati pada yang x sudi..okay...jom bace sedikit kata2x tentang CINTA..

jika ia sebuah CINTA
ia tidak akan MENDENGAR
melainkan senantiasa BERGETAR

jika ia sebuah CINTA
ia tidak BUTA
melainkan sentiasa MELIHAT dan
MERASAKAN apa yg kita rasakan

jika ia sebuah CINTA
ia tak akan membuat kita SEDIH
melainkan membuat kita senantiasa BAHAGIA

jika ia sebuah CINTA
ia tak hanya BERUCAP
melainkan senantiasa TULUS dalam HATI

jika ia sebuah CINTA
ia hadir bukan kerana PERMINTAAN
melainkan dari KETENTUAN dan HATI yg IKHLAS

jika ia sebuah CINTA
ia hadir bukan krn PAKSAAN
melainkan kerana sebuah KESETIAN dan PENGORBANAN


"DAN ADAPUN ORANG-ORANG YANG BERIMAN AMAT SANGAT CINTANYA KEPADA ALLAH" 
(QS AL-BAQARAH:165)



PS: TERIMA KASIH ATAS UJIANMU INI YAALLAH..










Thursday, January 5, 2012

~NAK KAHWIN JUGAKK!!~

assalamualaikum dan salam sejahtera...alhamdulillah..petang tadi baru sahaja selesai paper pertama untuk peperikasaan akhir semester 5...permulaan exam yang agak tragis...kenapa aku katakan tragis? hahahaha..sbb aku tak yakin dengan jawapan paper Semantik tadi..munkin sbb kurang persediaan? munkin juga dengan masalah kecelaruan perasaan aku sejak akhir-akhir ini..uhhh...tak apa...yang penting...aku dah berusaha..A atau x...tunggu jelah result keluar sem depan..musim-musim orang demam exam ni..sempat lak aku nk update blog..hahaha..(xsedardirikan?) 




sebenarnya entry kali aku tujukan khas kepada sahabat aku yang bakal mengakhiri zaman bujangnya..hahahaha..berbalik pada tajuk kat atas...nak kahwin? hehe..rasa macam gatal lak tajuk tu kan...tapi...kahwin ni fitrah kita sebagai manusia..so? baik kahwin..kalau x kahwin...nabi x ngaku umat tau...hahaha..sebenarnya...aku baru sahaja terima kad undangan dari sahabat baik aku..noha yang akan bertemu jodoh ngan jeng-jeng...hahahaha..kalau ex-TMS..mesti dah tau siapa gerangannya kan? ya allah...tuhan je tau betapa gembira aku dengar berita ni..xsangka kamu yang paling awal antara geng kita yang sampai seru dulu kan? hehehe..agak-agak sape lak geng-geng kita pasni yang akan bertemu jodoh? bila la jodoh aku lak sampai kan...xpe...aku percaya...janji Allah itu pasti..:)


rindu time form6...muke x matured! hahaha..tapi pasni awk dah jadik isteri orang tau..hehehe


okay..mata pun dah mengantuk..papepon...aku doakan korang berdua bahagia hingga keakhir hayat...pasni dah xley buat pangai mcam budak-budak tau..hehee...nk jadik isteri orang kena matang...hahaha..dan yang paling penting..xmo dengar dah korang gaduh-gaduh..kalo gaduh pom..gaduh manja boley? hehehe..xsabar rasanya nak p kenduri korang..nak tumpang amik pic atas pelamin..amik berkat...biar naik seri muka...hahahaa...(ayat xley bla)


pic mase korang tunang..hehehe..baju putih tu yg mayb yg seterusnya kot? hahahaa


last but not least...aku tujukan lagu ni khas buat korang berdua..:p






PS: SAYA NAK KAHWIN JUGAK BOLEY? HAHAHAHA...