~SALAMESRABADI~
dalam kegelapan malam yang sunyi
hati ini berbicara sendiri
terlalu banyak ranjau dan duri percintaan kami
yang sering membuat hatiku sepi..
tidakku salahkan takdir pertemuan ini
cinta adalah fitrah dari Ilahi
tapi kenapa akhirnya kecewa menyelubungi hati
puas ku cari sinar cinta dimatanya
puas ku cari tulus kasihnya
puas ku cari murni cintanya
puas ku cari rindu dihatinya
puas ku cari kejujurannya
yaallah...ambillah rasa ini
dariku drpd dia tak menghargai
tak tertanggung rasa ini yaallah
sakitnya melebihi segala
yaallah...ampunkan dosa-dosaku
aku terluka kerana cinta manusia
munkin ini balasan buatku yang terleka
cintaku padanya melebihi cintaku padaMu
air mata yang gugur tidak pernah dihargai
cukuplah semua ini..aku tidak sanggup lagi ya Allah
jika wanita itu untuk dirinya
aku redha ya Allah
hakikatnya hati wanitaku sakit
sakit yang tiada ubatnya
ingin ku bawa jauh hati ini
sejauh-jauhnya
lari..lari dan lari sejauhnya
sehingga tiada terdaya oleh kaki
pernah hati ini diketuk oleh insan yang sudi
tapi tidak terbuka walaupun ku mencuba
hatiku tetap padanya yaAllah
jika dia bukan pemilik tulang rusuk ini
buanglah rasa ini yaAllah
agar aku jadi diriku sendiri
jika dulu aku menyintainya kerana dirinya dan diriku
tapi kini cinta ku berubah keranaMu yaAllah
dulu aku lalai dengan cinta dunia
biarlah itu jad pengajaran dan mendewasakan diriku
kuingin dicintai dan mencintai keranaMu yaAllah
perjalanan hidup ini masih terlalu jauh
terlalu banyak dugaan dan rintangan mendatang
cita-cita dan impian masih belum digenggam
usah berharap pada yg x pasti
sebaliknya..kejarlah yang didepanmu
terima kasih kerana menyedarkan aku yaAllah
tuntunlah hatiku supaya sentiasa berada dijalanMu..
sweetnya jika cinta keranaNya.. |
PS: JANJI ALLAH ITU PASTI
2 comments:
huhu. sedeyh okmo bie. sabor. ujian tuh. Dia nok v bie 'nek pangkat' lar tuh. dan Dia nok gantikan dgn yg lebih bek.
tQ japierah...inyaallah :)
Post a Comment